Thursday, May 14, 2009

Kisah telinga

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia
berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang
mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai
pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang
mempunyai penampilan yang baik.

Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalankepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam"
jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank
hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi
temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik,
sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan
menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun
masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank.

Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.
Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya
dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan
kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact
lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tahu" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar
hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,

"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada
telinga, nak sangkut kat mana".

Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!

Biar susah, jangan menyusahkan. .

2 comments:

  1. Citer ni mcm tergantung je.

    Dah tu yg ke-3 ni dapat keja ke tak.
    Yg ke-3 ni rasanya lagi kejam jawapan nya

    ReplyDelete
  2. dapat..!sebb 3 orng je intrview.. tp ade pakej.. pakej 1 balingan kasut tepat ke kepala..

    ReplyDelete